Thursday, June 30, 2011

beras perang ?!!

salam
sepertimane yang tertulis kat atas tu,aku nak cerita sikit pasal beras perang
perang = warna ..bukan perang gaduh2 tu..haha

hati aku terdetik nak try beras ni mase g giant malam aritu
target nak beli beras biasa2 je
tapi tertengok pulak beras kaler oren ni
tak salah kot kalau nak cube..kn2 ? haha
kat umah mak abah layan basmathi herbaponi faiza,kat sini anak die layan brown rice
caro la anak beranak..haha
kaler memang brownish sejak azali
bukan nye sebab karat mahupon tak basuh bersih
dulu aku pon ingat beras ni tak elok sebab tak kopek kulit (kulit ke orang panggil ?)


ini ialah beras perang

Fyi,antara kelebihan beras perang ialah :

1. mengandungi mineral manganese sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan..huh ?
2. mengekalkan berat badan yang ideal..hehe
3. mengandungi selenium dan fiber/serat sebagai anti kanser (tak paham pon)
4. menurunkan kolesterol dalam badan
5. baik untuk wanita yang menopouse(menjaga jantung dan darah tinggi)
6. mengurangi penyakit kencing manis jenis ke 2
7. mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi, fosfat,
8. kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih

Sebenarnya beras perang dan beras putih berasal daripada beras yang sama. Cuma proses seterusnya selepas dituai yang membezakan hasil beras itu sama ada menjadi beras putih atau beras perang. Beras perang terhasil apabila ia tidak menjalani proses mengilat atau memutihkannya seperti beras putih. Ketika proses penghasilan beras putih, lapisan dedak ini dibuang menghasilkan beras berkilat. Bagaimanapun ia menyebabkan kebanyakan zat makanan yang terkandung di dalamnya juga hilang.

Siapakah yang sesuai mendapat manfaat daripada beras perang?

Beras perang baik dimakan oleh individu yang ingin mengamalkan diet kalori rendah.

Satu cawan beras perang menyediakan anda 88 peratus magnesium harian yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk kesihatan sistem saraf, mengawal paras kolesterol badan selain penghasilan hormon seks

Satu kajian oleh Sekolah Perubatan Harvard dan Hospital Wanita Brigham yang tercatat dalam jurnal American Jurnal of Clinical Nutrition mendedahkan, wanita yang mengambil beras perang secara puratanya berat badan yang lebih langsing berbanding wanita mengambil diet beras putih.

Walaupun beras perang sering diabaikan oleh kebanyakan pengguna kerana dikatakan kurang enak atau baunya yang kurang segar namun, tiada siapa dapat menafikan manfaat dan kebaikannya

so tak rugi pon kalau makan beras ni
rase pon ok je
tak macam beras basmathi tu,tawar rebeh je
harge pon affordable,rm21.99 for 5kg
cume nak masak je masalah sikit
dinasihatkan agar tidak ikut arahan kat packing tu
tipu je lebih (aku dah kena..cett)
storage,ikut product kot
echo brown tu kena simpan dalam refrig lepas bukak
even packing die pon dalam pek kedap udara..kualiti2..haha

care nak masak ? GOOGLE sendiri..hahaha
adios..salam~

Iron samurai led watch

name tak boleh blah
iron,samurai..tak nampak macam japanese pon kalu pakai
tapi serius smart (sesuai ke gune perkataan smart ?)
lawa la yang penting nye
8/10 untuk kestyloan beliau
tapi sayang,tak boleh kena air (*.*)
harge baru rm50
kalau kalis air,mau rm500 kot..haha





'tidak salah asal tahu batasan'

assalamualaikum wbt
sebelum korang teruskan pembacaan,biarlah aku terus terang yang artikel ni aku copy paste dari Harian Metro
Ya,Harian Metro yang orang duk keji sebab berita die yang comel2
tapi bagi aku okai je
takde politik (sangat),takde tipu2 (ade la sikit),takde fitnah2 orang(yeker ?)

aaahhhh yang penting aku santai bace HM
hari2 aku duk bace tanpa rase bersalah..haha



sudah2,bace ni wahai pelajar2 di luar sana

ISU jodoh tidak pernah selesai, baik yang sudah berumur mahupun mereka yang baru bertatih dalam hidup - masing-masing berhasrat menentukan perjalanan jodohnya.

Namun, persoalannya, adakah sesuai golongan mahasiswa yang masih belajar, ditanggung ibu bapa dan belum tentu masa depannya mula merencanakan perjalanan pencarian jodoh sebaik menjejakkan kaki di menara gading?

Alasan takut tidak 'laku', 'saham sedang menjulang', selain 'dia boleh menjadi sumber inspirasi' diberikan semata - mata mahu meyakinkan masyarakat bahawa pencarian jodoh di menara gading tidak salah mahupun boleh dipertikaikan.


Lebih hebat hujahnya apabila menyatakan pencarian ilmu serta perencanaan jodoh perlu berjalan seiring bagi mencari pasangan sealiran untuk memupuk persefahaman awal sebelum melangkah alam kerjaya.

Bagaimanapun, lain pula persepsi masyarakat yang menganggap menara gading tempat menimba ilmu demi masa depan manakala soal mencari jodoh ditangguhkan dulu sebelum menggenggam segulung ijazah.


Percanggahan pendapat keduanya sekali gus mewujudkan konflik serta mengundang persoalan sama ada hujah itu boleh diterima atau sebaliknya.


Kaunselor Berdaftar, Seksyen Kaunseling Pelajar, Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Siti Fatimah Abdul Ghani, berkata pencarian jodoh di kalangan mahasiswa sudah lama wujud, justeru, bukan janggal jika tradisi berkenaan masih berlangsung pada zaman ini.

Beliau berkata, tidak salah mereka memulakan langkah mencari jodoh asalkan tidak mengganggu atau merosakkan matlamat asal menjejak kaki di menara gading.


"Tidak perlu mempertikaikan tindakan ini kerana budaya mencari jodoh di kampus bukan baru, malah universiti lokasi 'strategik' bagi memulakan hubungan kerana ada ramai bakal pasangan baru yang sealiran.

"Apabila tradisi itu diteruskan masa kini, ia tidak janggal dan masih boleh diterima apatah menjadi hak individu bagaimana mahu merencanakan perjalanan masa depannya. Asalkan perlakuan itu tidak melanggar norma masyarakat, tiada salahnya.


"Apa yang menjadi masalah, apabila mahasiswa menjadi alpa dan lupa diri, mula memasang angan-angan menjangkau kemampuan hingga menggelapkan masa depan hingga gagal dalam pengajian.

"Senario itu yang paling banyak terjadi hingga meragut kepercayaan masyarakat hingga timbul tanggapan belum tiba masanya golongan terbabit mencari jodoh di kampus," katanya.


Meskipun ketentuan jodoh boleh berlaku di mana-mana, kampus dianggap tempat paling sinonim untuk memulakan langkah pertama mencari pasangan sehati sejiwa kerana pelbagai faktor, antaranya kekerapan bertemu boleh membuahkan persefahaman.


Tidak menolak faktor itu, Siti Fatimah berkata di kampus banyak asas pengalaman dan ilmu baru mengenai selok-belok perhubungan antara pasangan berlawanan gender boleh dipelajari, diperhati dan difahami.


Apatah lagi, langkah menjadi semakin panjang kerana 'bebas' daripada kongkongan ibu bapa selain memasuki alam baru lebih terbuka sesuai dengan peralihan usia kanak - kanak ke remaja.


"Dengan kawalan 'longgar', mempunyai ramai teman sealiran yang sentiasa bercerita, momokan indah dan sebagainya, sudah pasti mudah terpesona dan menganggap hidup 'berpasangan' lebih indah. Di situlah hasrat membina angan-angan dan impian menjadi lebih mengebu - gebu.

"Terpengaruh pula dengan pandangan skeptikal menyatakan mahasiswa terutama wanita sukar mendapat jodoh bila sudah berkerjaya, hasrat itu ingin direalisasikan dalam tempoh pengajian.


"Bagi mereka, tiada salahnya belajar dan pada masa sama merencana masa depan dengan membuat perancangan mencari jodoh. Peluang sudah ada di depan mata, rugi jika melepaskannya tanpa mencuba meskipun risiko dipertaruhkan juga cukup besar," katanya.


Meskipun senario berkenaan normal, masyarakat melihat situasi itu lebih membawa kerumitan apatah lagi jika mahasiswa gagal menilai dan tidak mampu fokus kepada tuntutan akademik atau peribadi sekali gus.


Akibatnya, banyak masalah timbul dengan kesan terburuk terbabit masalah sosial atau gagal pengajian.


Siti Fatimah berkata setiap tindak-tanduk dilakukan tanpa pertimbangan rasional pasti akan mewujudkan impak sebaliknya yang bukan saja akan menjurus seseorang kepada kekecewaan, malah hilang fokus dalam hidup.


"Teguran atau kebimbangan masyarakat adalah kerana mereka sering melihat bagaimana sukarnya mahasiswa bergelut dengan kegagalan jika hubungan dijalin bermasalah atau terputus.


"Jika mahasiswa tahu membawa diri dan meletakkan keutamaan di tempat betul, mungkin tentangan diterima hanya sedikit. Masalahnya golongan terbabit tidak mencerminkan kebenaran sebab itu masyarakat mempertikaikannya," katanya.


Ditanya sama ada tindakan mencari jodoh di kampus disebabkan takut bakal digelar andalusia, beliau berkata terpulang individu terbabit mentafsirkannya.


"Pencarian jodoh di menara gading ada sebabnya, mungkin kerana sekufu, pengaruh persekitaran, keinginan dan sebagainya juga disebabkan takut memegang status andalusia kerana taksub pada pekerjaan.


"Ia sukar diberi jawapan tepat namun ditekankan mencari jodoh di kampus bukan jaminan ia mampu berkekalan hingga jinjang pelamin. Pergaulan lebih luas di alam pekerjaan juga boleh menjadi penyumbang keretakan hubungan.


"Hakikatnya, soal jodoh sangat subjektif kerana tidak boleh ditentukan biarpun boleh dirancang. Dengan kata lain, biarpun kita menyediakan diri dengan pencarian jodoh itu, bukan ketentuan diri yang merealisasikannya, jadi perlu bijak membuat pertimbangan," katanya.


sekadar gambar hiasan

Wednesday, June 29, 2011

colbie caillat realize

siapakah CC ?
haha..CC tu name manje yang aku bagi kat colbie caillat
macam mane ntah aku boley fall in luv dengan awek puteh kuning2 ni
sebab die sweet kot ?
tak pon her smile..or her songs
ahhh tak kire la
janji saye suke awak akak CC..haha

1 of my fav song selaen falling for you,the little thing,i never told you etc
lagu yang boley buat aku termenung..haha
layan~



* siap bagi lirik percuma lagi..haha

Take time to realize,
That your warmth is Crashing down on in
Take time to realize
That I am on your side
Didn't I, Didn't I tell you.

But I can't spell it out for you,
No it's never gonna be that simple
No I cant spell it out for you

[C:] If you just realize what I just realized,
Then we'd be perfect for each other
And will never find another
Just realize what I just realized
We'd never have to wonder if
We missed out on each other now.

Take time to realize
Oh-oh I'm on your side
Didn't I, didn't I tell you.
Take time to realize
This all can pass you by.. Didn't I tell you

But I can't spell it out for you,
No its never gonna be that simple
No I can't spell it out for you.

[C:] If you just realized what I just realized
Then we'd be perfect for each other
Then we'd never find another
Just realize what I just realized
We'd never have to wonder if
We missed out on each other now.

It's not the same
No it's never the same
If you don't feel it too
If you meet me half way
If you would meet me half way
It could be the same for you

[C:] If you just realized what I just realized
Then we'd be perfect for each other
Then we'd never find another
Just realize what I just realized
We'd never have to wonder
Just realize what I just realized
If you just realize what i just realized

OoOoOOo

Missed out on each other now
Missed out on each other now
Yeeah

Realize (x5)
oooo yeeah

kenape ni pitt..

assalamualaikum wbt

bangun pagi,badan dah rase lemau..haizz
kenape ni pitt..
dari isnin sampai rabu badan asyik lemau je
mentang2 la takde keje
bile takde keje,disiplin pon jadi huru hara
kenape ni pitt..

bangun pagi,mandi,suboh pon ujung2 waktu je
dulu zaman banyak keje,bangun awal,g keje awal
sekarang bile langsung takde keje,mata susah nak bukak,g keje tak berape nak awal
tu pon few times lucky not get caught datang lambat
lagi dahsyat,pukul 2 baru baru datang
kenape ni pitt..



kalau sampai tempat keje pon,bukan nye buat keje
duk saje,termenung,gelak2
nak lagi kurang ajar..maen dotA,tengok movie,layan encik mozilla
nak lagi kurang ajar,naik surau kat top floor and tido
nak laaaaaaagi kurang ajar,balik umah time working hours
n then terus tak balik
dulu kau tak macam ni
kenape ni pitt..



sampai bile nak jadi macam ni ha
rase cam dah sebulan hidup camni
ur life is still long way to go
macam2 nak kena belajar,nak kena tau
bukan senang nak jadi ape yang ko patut jadi
kalau tak takde la ramai cabut dari course ni
kau tak sedar2 lagi ke
haizz..kenape ni pitt..

berubah la ye
amalkan gaye hidup yang lebih sehat sikit
takde la baru 1st half orang dah suruh tukar (alasan tambahan)
takde la muke pon lebam je asyik tido (alasan jugak)
takde la otot2 diganti milik laku oleh lemak2 tambahan (ini fakta)
ingat lah,kau muda lagi
even orang asyik tanye bile nak kawen,"muda lagi",tu je la jawapan kau
so buktikan lah kemudaan kau pade semua
boley kan ? kan3 ?

haha..rase sweet pulak bile pujuk diri sendiri untuk jadi baik

*kang nak main dumble sampai tak larat..hahaha
sesungguhnye dumble itu ubat anti lemau yang berkesan!

ape itu nazar ?

Assalamualaikum wbt
alhamdulillah,lagi 1 paper passed after 2 kali ambik..hehe
so,automatically nye,bertambah lah bilangan hari untuk aku puasa nazar
sebab dulu aku pernah bernazar,1 paper,sehari puasa
n kalau dapat basic license,5 hari puasa

kire punye kire,dah banyak aku hutang ngan Allah swt ni..haizz
so kena cepat mula sebelum makin terleka
sementara masih hidup ni kan
lagipon aku tak pernah bagitau sape2 yang aku bernazar
ok,kat sini ade sikit info pasal ape itu nazar
sila2 lah bace sampai habes ye (^.^)

Nazar ialah mewajibkan sesuatu ketaatan yang tidak wajib pada asalnya, untuk mendekatkan diri hamba kepada Tuhannya. Ia merupakan satu peribadatan kuno, dan telah diberitakan oleh al-Quran;

Maksud Firman Allah S.w.t.

(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata: "Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." [QS al-Imran:35]

Dan (ketahuilah), "apa sahaja yang kamu belanjakan (dermakan) atau apa sahaja yang kamu nazarkan maka sesungguhnya Allah mengetahuiNya dan (ingatlah), orang-orang yang zalim itu tidak ada sesiapa pun yang dapat menolongnya." [QS al-Baqarah:270)

Hukum menunaikan janji nazar

Bernazar adalah berjanji dengan Allah S.w.t untuk melakukan sesuatu ketaatan.

Menunaikan nazar yang dibuat adalah wajib jika nazar itu adalah yang berbentuk pendekatan diri kepada Allah, seperti bernazar akan berpuasa sunnah, bersedekah dll.

Jika nazar itu adalah nazar maksiat, maka tiada apa yang dapat diakui sebagai nazar di dalam perkara maksiat begini. Tidak wajib ditunaikan, bahkan diharamkan menunaikannya. Seperti bernazar akan membunuh orang atau akan berjudi dll. Dalilnya

Dari Amru bin Syuib r.a. dari bapanya dari datuknya

Rasulullah S.a.w. bersabda:

"Tiada nazar kecuali pada sesuatu yang mengharapkan zat Allah di dalamnya."

[Hadits Riwayat Imam Ahmad & Abu Daud]

Dari Ibnu Abbas ra., ia berkata:

Sa`ad bin Ubadah meminta fatwa kepada Rasulullah saw. tentang nazar yang pernah dinazarkan ibunya namun ia wafat sebelum menunaikannya. Rasulullah saw. bersabda: "Tunaikanlah nazar itu untuknya."

[Hadith Riwayat Imam Muslim]

Terdapat juga larangan dari Rasulullah S.a.w. perihal bernazar.

Dari Abdullah bin Umar ra., ia berkata:

Suatu hari Rasulullah saw. melarang kami bernazar, beliau bersabda: "Sesungguhnya nazar itu tidak dapat menangkal sesuatu apa pun tetapi hanya untuk mengeluarkan sesuatu dari orang yang kikir."

[Hadith Riwayat Imam Muslim]

Dari Anas bin Malik ra.:

Bahwa Nabi saw. melihat seorang yang telah lanjut usia dipapah kedua anaknya. Maka beliau bertanya: "Kenapa orang tua ini? Mereka menjawab: Ia bernazar untuk berjalan kaki. Beliau bersabda: Sesungguhnya Allah tidak memerlukan penyiksaan orang tua ini terhadap dirinya sendiri. Dan beliau memerintahkannya untuk berkendaraan."

[Hadith Riwayat Imam Muslim]

sesape nak tau lebih lanjut pasal puasa nazar n mengajukan beberapa persoalan,boley search few links bawah ni

1)http://komuniti.iluvislam.com/topic/1078-puasa-nazar/
2)http://www.soaljawabpuasa.co.cc/2009/07/persoalan-puasa-nazar.html
3)http://soaljawab.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=55&Itemid=85
4)http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/08/soalan-salam.html

for me,they know better than i am =)

Monday, June 27, 2011

pagi isnin yang sejuk..tapi ?



wakasa wakasa kenanggang..hiru katanae kotosang bla3 (ringtone henpon lagu gaban)
aik,kenapa bun call aku pagi2 ni
tak penah hayat berlaku
lalu aku angkat la phone dengan gaye mamai ala2 manje gitu

aku : helloooo
bun : hello pit..kau kat mane ?
aku : umah
bun : umah ? kau kat umah ?
aku : haaa..umah
bun : umah mane ?
aku : subang la..aku mane balik kampung arini
bun : aik,kau kat umah ?
* lalu keluar la 1 ayat yang buat aku meloncat dalam mamai

bun : kau tak g keje ke pit
aku : hah? damn! arini isnin ke ???!
bun : yela
aku : cipet..eh2,kau kat mane tu ?
bun : aku pon kat umah..baru bangun
*dalam ati aku,cett same2 baru bangun rupenye

aku : aku baru bangun dow
bun : aku baru ingat nak suruh kau sign in kan..haha
aku : okay2,cukup..nak call orang laen ni (paham2 la kenape)



lalu otak aku ngan ligat nye pk,sape la yang ak nak suruh ni
ketingggg (mentol muncul) Farid..hehe
terus aku call
bile aku cakap aku baru bangun,die langsung tak terkejut
cett..kalau kat umah die lagi legend kot tido
tapi kalau dah member2,semua ditanggung beres..haha

dalam 9.30am la aku g
kalau g sekarang,boley menimbulkan syak wasangka masyarakat sekeliling
dari main gate nak ke port superbike aku parking tu dah la kemaen jauh ke belakang
kena pulak orang *** ni mulut cam najis kuda masing2 (aku pon gitu gak kadang2..haha)
so nak fail safe,rilex dulu
tenang2 aja deh..haha

rumate aku pulak cerdik
selagi aku tak bangun,betuah die nak bangun
bile aku ngelabah kejut,selambe je die cakap,

rumate : MC
aku : ok (blur dengar jawapan ringkas sangat)

ngok punye budak

mau mandi,buang pening same mamai yang tak reti2 blah
subuh dah la ke laut..adoi~
aku bangun tutup alarm baru 6.30
jage balik 8.20..ngok gilo rase
ujan kot,sedap pulak tido
naseb la kan ujan pagi2..haha
ni pon dah start ujan balik
macam terkubor je harapan nak g kejap lagi..haizz
takpe2,yang penting aku mantain cool
(kadang2 menggelabah itu penting..hehe)

Sunday, June 26, 2011

bodoh ?!

n now i'm just realized that 'bodoh' is a name
yeah,name for a human
wanna proof ?



but i'm pretty sure he/she is not exactly bodoh
then who's to be blame ? haizzz
this is what we call parental education..eceh
macam essay mase sekolah pulak..haha

*tak jadi keluar..petang kang baru g mydin

pagi yang hening


assalamualaikum wbt n gud morning
sharp 6.30 am,alarm bunyik
kemaen lagi kuat,mane nye tak bangun..haha
memang saje set alarm yang annoying,baru boley bangun subuh

nyaris aku lupe hari ni hari ahad
bangun,subuh,ngadap laptop
ingat nak sambung tido balik,tapi teringat belum format laptop ateh
layan format laptop,dah 8.30 am
cancel terus nak sambung tido

turun buat susu same kopi,tengok2 tb siket,naek balik
boring la astro nowadays
macam dah takde cerita best je
nak tengok movie,belum siap download lagi..haizzz ( internet slow )

semalam plan nak keluar pagi ni g kedai buku
tapi sampai la ni belum mandi lagi..haha
jap lagi mandi cepat2,keluar
jangan tangguh2,kang terus tak jadi
bak kate Simone de Beauvoir,

"Change your life today. Don't gamble on the future, act now, without delay"

baru aku sedar,cantik jugak morning view dari umah aku ni
ade sawit,paya,kebun pisang orang,burung2
name je bandar bla3,tapi scenery macam kampung..haha i like
btw,memang aku suke tengok keindahan alam
even mase g pD,g kawen Ateh kat Maran,g Ganu mase tunang Azrul,aku lebih banyak capture gambar pemandangan dari gambar orang lain mahu pon gambar sendiri..haha
cantik woo












PD trip

tapi the biggest problem is,aku tak suke berjalan
lagi2 kalau tanpa kerelaan hati sanubari
thats y la ade orang cakap aku anti sosial (cett)
tapi lantak la ape orang nak kate
yang penting gua cooooool (^.^)

oklah
cukupla kot untuk pagi ni
mandi2,segarkan diri
dapat g masaj pon sodap ni
badan da sengal2 dari semalam
kota damansara boley kot ? hehe

WIN! yeahhhhhhhhhhhhhhhhhh

ahahahaha..
result game petang tadi,Exsas menang 10-8
game yang sangat cemas untuk eagles
pelik,macam mane Kusess boleh kuat semacam ?
defence macam bela jin extra je
tebuk tak lepas
forward tak lepas,backline pon tak lepas
bela jin ke ape diorang ni..haha
so betol la yang Sajoha menang 1 try je dengan diorang
dahsyat2

pape pon,aku puas hati dengan prestasi aku petang tadi
even ade sikit 'ketaikan' belaku ke atas diri ku..haha
starting game memang banyak dapat bola
dah lame,bola ntah ke mane,orang ntah ke mane
tapi aku still puas ati..y ?

1)prop depan aku pon x heavy (tolak sikit je gerak..haha)
2)dapat run for a few meters (kalau dalam pro rugby game,akan ade stat untuk meters gained)
3)aku boleh lari keliling padang macam flanker..kalau mccaw tengok,mesti die ajak aku maen AB
4)aku maen 1st half je..padahal larat je nak lari lagi..huhu

overall,puas hati even tak berape perform
no minor injury..alhamdulillah
setakat calar2 kaki itu normal
bak kate somebody,nak bersih2 g maen Barbie la..hahaha

sekadar gambar hiasan

plus,i met my old frens tadi
omar n bilis
kenape panggil bilis ? paham2 sendiri la kan
tak kan badan cam gajah nak panggil bilis..haha
last time aku jumpe beliau mase form 3 ke form 4 ntah
biase la,kanak2 nak membesar kan nakal siket
rezeki die tak berape baek,dapat la offer letter keluar sekolah..huhu


bilis,bukan muke sebenar

ok lah,ngantuk suda
badan pon da mula sakit2
makan sudah,mandi sudah,solat sudah,tido la ape lagi
nyte~

Saturday, June 25, 2011

Exsas Eagles vs Kusess Barbarians

nak maen ke tak ek ?
macam malas,tapi hati kate 'mau,mau'

aiyox..minggu ni takde buat keje keras langsung
makan syarat,tido lagi la syarat
terabur tido aku minggu ni
plus ade masalah peribadi yang menimpa..eceh..haha

kuatkan iman,tabahkan hati,tegapkan kaki
yok maen!

in 10,but not exact no 10..haha

King Ali Williams

uhaha..assalamualaikum semua
sebenarnye aku patut post entry ni semalam
tp lupe pulak..adoi~
semalam kan ade rugby super 14,game antara Blues from NZ n Waratahs from Aussie
aku expect game tak berape best
yela,blues ngan waratahs je pon..hahaha
tp makin lame makin superb pulak diorang maen
stim aku tengok forward blues maen
plus rokocoko buat run2 yang mengkagumkan
tapi entry ni mesti ade kaitan dgn tajuk di atas kn ? ahaha..
perkenalkan,my idol in rugby




knape aku suke die ?
mest lah sebab die power..haha
semalam siap dapat Man of the Match lagi..tabik2
run,tackle,hit,support,ruck..sume jadi semalam
no wonder la dapat MotM kn

Ali Willliams atau name penuh dalam ic Alexander James "Ali" Williams lahir on 30 April 1981 kat Auckland
maen posisi LOCK or 2nd ROW (same position as mine..huhu)
mase sekolah sangat aktif maen itu ini
bola sepak,tenis,kriket
sampai umor 17 baru die nak sentuh bola rugby
walawei bayangkanla power nye beliau
umor 17 nk start maen rugby,umor 22/23 da jadi 1st 15 utk NZ All Black
kamon la,AB..bukan Bandaraya Dragon,bukan NS Wanderers,bukan COBRA
tapi disebabkan injury yang lame n masalah disiplin,die drop dari team AB
kesian kan ? huhu
dah lame nak tengok die perform live,baru semalam dapat (umah baru ade astro)
pape pon,aku harap die dapat cap utk NZ for coming Rugby World Cup 2011 kat NZ nanti
memang susah utk die
sebab kena bersaing dengan brad thorn,sam whitelock,tom donelly,anthony boric
sebab selalunye terpilih thorn,sam n donelly je
boric pon pon jarang2 dapat maen
almaklum la,AB..bukan team Kg Dusun..haha
wish u all the best Mr Ali
kat sini ade few pixs of Ali (macam org melayu pulak..haha)







Friday, June 24, 2011

Zina Hati

assalamualaikum wbt
bicara kite pada hari ni pasal zina hati
secara jujurnya,aku pon tak pernah dengar pasal zina hati ni sampai la my ex told me
aku pon ape lagi,pura2 pernah dengar la..haha
alhamdulillah,tambah lagi 1 knowledge agama aku
tapi syg,jodoh tak panjang..huhu

ok then,just make it short and simple
this artikel aku ambik kat iluvislam.com
sesape ade mase,rajin2 kan lah diri bace webpage ni ek

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.

Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.

Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu.

Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi. Antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis."

Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud:

"Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih." (Surah Yusuf, ayat ke-24)

Berikut adalah beberapa tips yang ingin dikongsikan bersama :

Ikhlas kepada Allah.

Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:

"Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah.

Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

Mengurus mata dan pandangan.

Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.

Ibnu Qayyim menyatakan:

"Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."

Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik.

Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

sebenarnya,ramai tak sedar yang hari2 kita ni penuh dengan penzinaan
zina bukan je zina yang buat projek tu
tapi ade jugak zina mata,zina hati,zina kecil
aku pernah terbace statement yang berkongsi sudu atau straw pon dikira zina kecil
sebab tu ake tak pernah nak kongsi semua tu dengan perempuan
even dengan cousins aku

so same2 la kita mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam
serius,memang tak rugi
malah lebih menguntungkan
at least terlepas la kite dari dosa2 yang lgsg kite tak sedar
insyaAllah (^_^)




lebih kurang camni la muka ex aku..hehe

Alyah Gaga - heart tale

yeahhhhhhhhhhh!!!!
akhirnye ade jugak orang admit yang suara alyah ni mantap
plus lagu yang menusuk kalbu
dulu mase ajai buat 1st song for her,sorang pon tak pandang
pity on her sebab memang best
aku pon dulu tak berape suke die ni sebab gaye nak gaga
sebab tu aku panggil alyah gaga..haha
btw,lyn smpai liuk lentok

I'm all aroused




apakah ini ? yeah!!!
kalau anda masih tidak tahu apakah ini,sye ade jawapannye
SPENDER CAP 1 MALAYSIA..hahahahaha
honestly,i'm a little bit proud n salute dengan campaign 1 malaysia done by our beloved PM
last time we just heard about 1 malaysia
n then few songs came out
n then bla3 bout campaign yg mulia itu keluar one by one
tp serius,yg ni memang da out of human being mind
SELUAR KECIL 1 MALAYSIA..hahaha
obviously kenampakan pengaruh kempen tu kat rakyat malaysia
besides dapat tambah kroni dlm politik,dapat gak menaik taraf ekonomi negara kn ?
waaaa dalam diam2 je uncle najib kite ni buat plan..haha
letih aku duk malaysia ni
sah,cukup umor aku nak pindah marikh
ade sesape nak ikut ? anyone ?

makan ke meggi,budak lelaki chantek

salam..
tajuk memang x boleh blah
aku bagi lagu ni kt kwn2 aku,semua dok kate aku jiwa kain kapan..hahaha
memang sweet kot lagu ni
kecik2 dulu mane tau sangat lagu omputeh ni
antara the best penah aku dengar,lagu ni la
ok,enjoice everybody

Thursday, June 23, 2011

Al-Fatihah

assalamualaikum wbt
......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................... i'm totally speechless
1st post pon dah tak tau nak cakap ape
takpe la kn..insyaAllah kalau umor aku panjang,aku akan terus menulis kt sini
btw,esok my bff got interview dekat SS23
wish u best luck bro (even die tak bace entry ni)
dah dpt keje,jangan lupe member pulak taw..haha
nite~ - point to myself