sepertimane yang tertulis kat atas tu,aku nak cerita sikit pasal beras perang
perang = warna ..bukan perang gaduh2 tu..haha
hati aku terdetik nak try beras ni mase g giant malam aritu
target nak beli beras biasa2 je
tapi tertengok pulak beras kaler oren ni
tak salah kot kalau nak cube..kn2 ? haha
kat umah mak abah layan basmathi herbaponi faiza,kat sini anak die layan brown rice
caro la anak beranak..haha
kaler memang brownish sejak azali
bukan nye sebab karat mahupon tak basuh bersih
dulu aku pon ingat beras ni tak elok sebab tak kopek kulit (kulit ke orang panggil ?)
ini ialah beras perang
Fyi,antara kelebihan beras perang ialah :
1. mengandungi mineral manganese sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan..huh ?
2. mengekalkan berat badan yang ideal..hehe
3. mengandungi selenium dan fiber/serat sebagai anti kanser (tak paham pon)
4. menurunkan kolesterol dalam badan
5. baik untuk wanita yang menopouse(menjaga jantung dan darah tinggi)
6. mengurangi penyakit kencing manis jenis ke 2
7. mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi, fosfat,
8. kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih
Sebenarnya beras perang dan beras putih berasal daripada beras yang sama. Cuma proses seterusnya selepas dituai yang membezakan hasil beras itu sama ada menjadi beras putih atau beras perang. Beras perang terhasil apabila ia tidak menjalani proses mengilat atau memutihkannya seperti beras putih. Ketika proses penghasilan beras putih, lapisan dedak ini dibuang menghasilkan beras berkilat. Bagaimanapun ia menyebabkan kebanyakan zat makanan yang terkandung di dalamnya juga hilang.
Siapakah yang sesuai mendapat manfaat daripada beras perang?
Beras perang baik dimakan oleh individu yang ingin mengamalkan diet kalori rendah.
Satu cawan beras perang menyediakan anda 88 peratus magnesium harian yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk kesihatan sistem saraf, mengawal paras kolesterol badan selain penghasilan hormon seks
Satu kajian oleh Sekolah Perubatan Harvard dan Hospital Wanita Brigham yang tercatat dalam jurnal American Jurnal of Clinical Nutrition mendedahkan, wanita yang mengambil beras perang secara puratanya berat badan yang lebih langsing berbanding wanita mengambil diet beras putih.
Walaupun beras perang sering diabaikan oleh kebanyakan pengguna kerana dikatakan kurang enak atau baunya yang kurang segar namun, tiada siapa dapat menafikan manfaat dan kebaikannya
so tak rugi pon kalau makan beras ni
rase pon ok je
tak macam beras basmathi tu,tawar rebeh je
harge pon affordable,rm21.99 for 5kg
cume nak masak je masalah sikit
dinasihatkan agar tidak ikut arahan kat packing tu
tipu je lebih (aku dah kena..cett)
storage,ikut product kot
echo brown tu kena simpan dalam refrig lepas bukak
even packing die pon dalam pek kedap udara..kualiti2..haha
care nak masak ? GOOGLE sendiri..hahaha
adios..salam~
No comments:
Post a Comment